Ada apa dengan cinta

23

August 31, 2007 by Nigglywiggly

Himpunan untuk dijadikan renungan (Credit to whoever this belong to)

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa  catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan  orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak  menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
  • Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu – Raja Pedang Deir
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah  seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
  • Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
  • Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
  • Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  •  Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  • Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.  
  • Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
    Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
  • Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
  • Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.  
  •  Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…  Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri 
  •  Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.    
  • Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
  • Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.  
  • Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat   Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cintaCinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
  •  Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali  dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
  • Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
  •  Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
  • Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
  • Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi. Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
  • Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnyaUntuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
  •  Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan. 
  • Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. 
  • Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
  • Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati  Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada  cinta dan rindu.
  • Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
  • Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.
  • Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
  • Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

 

23 thoughts on “Ada apa dengan cinta

  1. cinta1 says:

    hai there..salam perkenalan juga

  2. delnaz says:

    salam knal..
    cinta,,
    persahabatan,,
    sering berakhir dengan percintaan,,
    namun,,
    percintaan jarang berakhir dengan persahabaan..

    • iqocllaluetrcukiti says:

      tp bnyak cinta di rebut oleh shabat qta sendiri………

      jngan prnah ingin memcintai org,,blla tx sanggup merasakan perihnya…..

  3. dechi says:

    cnta kadang menyakitkan,,,But kadang jga menyenangka dan itulah rahasian cnta ………!!!

  4. nisa says:

    slm knl ugha cinta…

    aq heran mengapa klo kt mencintai akhir nya menjadi pacaran???
    mengapa klo kt bertemanan akhirnya persahabatan???

    and

    mengapa klo kt mengenal cinta taw pacaran da yg nama’y mantan pcr???
    knp klo kt mengenal pertemanan taw persahabatan itu gx da nama’y mantan teman taw mantan sahabat???

    aq ingin tahu jwb’y…..

  5. ifha says:

    cinta d dasari dgn kesetiaan dan keeju2ran,,
    bla tag ada kedua,,,cnta itu tag akn brtahn..
    slm knl adja drii ifha

  6. nurul wahida says:

    cinta itu indah
    namun ianya hanya mainan perasaan

  7. udin says:

    cintaemoticon. mengapa setiap orang yg jatuh cinta pasti akan lupa segala² nyaemoticon

    dan apa bila kamu bercinta saling bercumbu bergandengan tangan/ berciuman dllemoticon

    apakah itu yg dinamakan cintaemoticon)jawaban nya adalah salah nol besar itu bukanlah cinta melainkan(NAFSU BIRAHIemoticon) dan itu di haramkan oleh agamaemoticon

  8. Jenedy Edy says:

    cinta merupakan anugerah Tuhan yang paling suci & Indah,..knapa masih ada ramai pasangan yang sedang bercinta terpisah & berpisah?…adakah ini hanya cinta mainan?..bagaimana pula dengan cinta yang sejati?..ini semua adalah ketentuan yang Maha Esa..

    • cinta1 says:

      saya percaya..tuhan paling awal telah menetapkan jodoh kita…lambat atau cepat..pasti akhirnya akan berjumpa dengan jodohnyer..satu cinta..satu lelaki/perempuan..teman berduka..bergembira..di dunia dan di akirat..insyallah

  9. rena says:

    begitulah cinta..
    kesempurnaan dan saling melengkapi..

  10. iTohH says:

    cinta 2 kaya virus komputer, selalu datang tiba2 dan susah ditebak darimana datangnya.
    … dan disaat aku mulai mencintai,mengapa cinta 2 lari dariku?

  11. yurizal says:

    cinta itu RAHAYU RAFIAH SOFYAN :*

  12. bustam says:

    cinta itu bageka pohon pisang
    yg g’ kan mati lo blm ber buah
    cinta itu sedalam lubang kuku.
    yg g’ pernah bisa mengukur.
    karena kuku tumbuh terus.

  13. amoii says:

    Cinta akan terasa indah bila mana antara dua insan saling mengerti n sling memahami antara satu sama lain…
    Just like it..

  14. asep dougeumhp says:

    cinta itu idahh , tapi namun dia mengecewakan perasaan itulahh iya mencintai kmamu hanya sekedar pelampiasan …

    by: asep dougeumhp

  15. asep dougeumhp says:

    dia ga tau betapa aku merindukan nya,
    aku merindukan dia ,,,,,

    aku menyesall telahh mencintaaii dia ,,,

    [DARA]

    asep_dougeumhp

  16. Pria sejati mampu membantu membuat wanita biasa menjadi wanita sejati.

  17. Rizky says:

    CINTA ITU GALAU

  18. zura says:

    mengapa cinta itu tidak bisa dikawal ? mengapa cinta itu kadang kala menyakitkan? mengapa cinta itu sukar dilupakan? mengapa……

  19. alonso says:

    orang yang aq cintai mlah tdk mencintaiq, tp,,,, orang yg ga aq suka, mrk syank ma aq,,, mksih,,, hahahaha….

Leave a reply to cinta1 Cancel reply