Pernah tak fikirkan apa perancangan masa depan kita?atau pernahkah kita membayangkan apa akan jadi dengan kehidupan kita di masa depan?Dimanakah kita pada masa itu,Apa yang kita lakukan? dan siapakah yang bersama kita pada ketika itu?
Teringatkan kata kata seorang teman, tidak kiralah ape perancangan masa depan kita, tetapi pada akhirnya kita akan pulang semula ke tempat kita mula-mula berada..dulu maksudnya kurang jelas tapi sekarang aku sudah mula memahaminya.
kesusahan, kepayahan, ketabahan, kegagalan, kejayaan, dan kegembiraanlah yang mengiring ke masa depan kita..setiap orang akan mengalaminya…dulu ketika berjalan di antara orang yang ramai..aku tak pernah mengendahkan orang yang lalu lalang…ketika tu aku menganggap, kalau masa tu aku bersedih, akulah orang yang paling sedih sekali di dalam dunia..kalau masa tu aku dalam kesusahan, aku menggangap kenapalah tuhan turunkan kepayahan untuk diri aku seorang sahaja..tetapi kini pandangan aku dah berbeza…setiap orang ada satu kisah.. ade perjalanan hidupnya sendiri..ade masa kegembiraannya..dan juga ade hari hari susahnya..tapi selagi die tabah mengharunginya..disitulah dia akan kekal.
Mungkin berada di khalayak ramai, kita hanya melihat wajah mereka, tetapi di satu sudut, mereka menyimpan suka duka, susah senang di belakang badannya..di bahunya yang tegar itulah tanggungjawabnya dipikul..