Ruang Rindu たったひとつの恋

May 30, 2009

Mutiara Kata

Filed under: Mutiara kata — cinta1 @ 8:25 am
 

  1. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
    -Saidina Ali bin Abi Talib
  2.  Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.  -  Saidina Ali bin Abi Thalib  
  3. Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina  Abu Bakar As-Siddiq 
  4. Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu  dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah – Saidina Ali bin Abi Thalib  
  5. Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
  6. Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
  7. Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. -  Saidina Ali bin Abi Thalib 
  8. Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib 
  9. Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab
  10. Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.  -  Saidina Ali bin Abi Thalib  
  11. Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.  -  Saidina Ali bin Abi Thalib  
  12. Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.  -Saidina Ali bin Abi Thalib  
  13. Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib 
  14. Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
  15.  Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. – Al Fudhail bin Iyaadh
  16.  Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri ” Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
  17. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata “Aku sudah pintar”, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
  18. Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-Ghazali 
  19. Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As
  20. Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.
    -Ahmad bin Ismail 
  21. Adakalanya seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di sekitarnya, maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. – Ibrahim Annakha’i
  22. Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib 
  23. Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi 
  24. Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-Junaid 
  25. Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan. -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
  26. Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Imam Umar bin Abdul Aziz
  27. Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu – Abdullah bin Almubarak
  28. Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya – Imam Abu Hanifah
  29. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya -Imam Syafi’e  

 

May 29, 2009

Jalan itu

Filed under: Uncategorized — cinta1 @ 10:27 am

Di sinilah untuk pertama kali, kita menanggung segala kepayahan seorang diri, Dan kini, untuk kedua kalinya,pada hari kita merasakan kita tak mampu berdiri lagi,Tetapi untuk kali ketiga ini,..teruskanlah berjalan di jalan ini, tempat yang suatu hari nanti, kita kan menjadi kuat berbekalkan segala kepayahan  itu

Apabila aku menoleh ke belakang, mampukah aku memiliki sesuatu yang lebih bermakna dari jalan jalan yang pernah aku lalui itu?Jawapannya masih suram, tetapi inilah jalan kita, jalan yang mula mula kita lalui, jalan yang bawa kita ke masa depan, hanya dengan langkah yang berani sahaja, mampu menjamin sesuatu yang lebih daripada apa yang kita harapkan.

September 25, 2007

sahabat

Filed under: Uncategorized — cinta1 @ 12:38 pm

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat

 

   Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lelaki acuan Al-Quran

Filed under: Puitisnya...,Uncategorized — cinta1 @ 12:19 pm

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
> >Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
> >Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
> >Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
> >Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
> >Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
> >Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

> >Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
> >Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
> >Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
> >Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
> >Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat
Jembalang
>
> >Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
> >Yang SentiasaBerbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
> >Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
> >Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
> >Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya
> >Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
>
> >Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
> >Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah
SAW
> >Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
> >Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
>
> >Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
> >Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
> >Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
> >Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
> >Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
> >Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
>
> >Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
> >Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
> >Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
> >Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
>
> >Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
> Buaian  Dunia
> >Kerana Dia Mengimpikan Syurga
> >Di Situlah Rumah Impiannya, Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
>

September 8, 2007

Masa depan

Filed under: Sembang sembang — cinta1 @ 4:27 pm

Pernah tak fikirkan apa perancangan masa depan kita?atau pernahkah kita membayangkan apa akan jadi dengan kehidupan kita di masa depan?Dimanakah kita pada masa itu,Apa yang kita lakukan? dan siapakah yang bersama kita pada ketika itu?

Teringatkan kata kata seorang teman, tidak kiralah ape perancangan masa depan kita, tetapi pada akhirnya kita akan pulang semula ke tempat kita mula-mula berada..dulu maksudnya kurang jelas tapi sekarang aku sudah mula memahaminya.

kesusahan, kepayahan, ketabahan, kegagalan, kejayaan, dan kegembiraanlah yang mengiring ke masa depan kita..setiap orang akan mengalaminya…dulu ketika berjalan di antara orang yang ramai..aku tak pernah mengendahkan orang yang lalu lalang…ketika tu aku menganggap, kalau masa tu aku bersedih, akulah orang yang paling sedih  sekali di dalam dunia..kalau masa tu aku dalam kesusahan, aku menggangap kenapalah tuhan turunkan kepayahan untuk diri aku seorang sahaja..tetapi kini pandangan aku dah berbeza…setiap orang  ada satu kisah.. ade perjalanan hidupnya sendiri..ade masa kegembiraannya..dan juga ade hari hari susahnya..tapi selagi die tabah mengharunginya..disitulah dia akan kekal.

Mungkin berada di khalayak ramai, kita hanya melihat wajah mereka, tetapi di satu sudut, mereka menyimpan suka duka, susah senang di belakang badannya..di bahunya yang tegar itulah tanggungjawabnya dipikul..

Cinta mengikut hari lahir anda

Filed under: Rahsia — cinta1 @ 3:44 pm

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
——————————————————————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
—————————————————-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
—————————————————–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———————————————————-

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———————————————-

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
——————————————–

Perihal teman dan kekasih

Filed under: Reality Cinta — cinta1 @ 3:18 pm

Apa bezanya antara “teman” dan “kekasih”? (Mafatih blog)

Apa yang aku tahu:

  1. Sifat teman ialah:
    1. Jauh yang tak berpisah: Sentiasa dalam ingatan.
    2. Temu yang berpisah: Bagai pinang dibelah dua. Temunya dengan ikat. Ikatkan, bersatulah ia.
    3. Kesesuaiannya tersurat. Sama padan.
  2. Sifat kekasih ialah:
    1. Jauh yang bersentuh: Sentiasa dalam hati.
    2. Temu yang tak bersentuh: Bagai sirih dengan pinang. Temunya dengan adat. Adatkan, bersatulah ia.
    3. Kesesuaiannya tersirat. Sepadan.

September 3, 2007

Astagfirullah….

Filed under: Sembang sembang — cinta1 @ 2:04 pm

kalau dah ada ikatan yang sah…bolehla I cakap…ooo..romantiknya..nie..belum kawin..macam mane ni…sape nak jawab tu…tapi memang tak dinafikan dua dua sama padan..si bunga ni pun cantik orangnya..secantik namanya..amacam kimi..komen komen komen

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

terjumpa beberapa rangkap pantun “pantun orang bercouple tak berpedoman“ ..tapi ni bukan ditujukan untuk pasangan di ataslah..siapalah tuan empunya pantun ni,bunyinya kelakar, tapi ade betulnya..jadi.. renung renungkanlah

Nak kata dah kahwin,
Rasanya belum lagi,
Bila tanya bila nak kawin?
Entahlah….. x tau lagi….

Perangai mengalahkan org dah kawin
Berkepit kehulu hilir kesana-sini,
Padahal bukan muhrim,
Ikut trend masa kini..

Heran….pegang tangan tak takut dosa ke,
Berpeluk-pelukkan tak tau malu ker,
Tak kasihan mak bapak ker,
Hantar suruh belajar / kejer kau buat leka…

Belajar tinggi sampai gayat,
Tapi tak amal sepanjang hayat,
Islam tu kan penyelamat,
Bila nak amal…. tunggu sampai jadi mayat ?

Sana sini buat wayang,
Orang tengok naik bengang,
Itu belum lagi rumput kat padang,
Kalau hidup sure kena terajang…

Dulu masa single okey jer,
Sekarang dah couple banyak lak dosa,
Bila org tegur buat derk jer,
Apa kulit dah tebal nak masuk neraka?…

Masa buat tak tau malu,
Ikut sangat telunjuk nafsu,
Buat maksiat tak segan silu,
Sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..

Suruh sembahyang…nanti..nanti..
Boyfriend tepon terus pergi,
Nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
Boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²…

Yang si mamat nie pun sama,
Suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
Mana taknya dah berjanji hidup bersama,
Sampai solat Jumaat pun nak dikerjakan bersama

Kesudahanya hari jumaat,
Org solat jumaat,
Dia bershopping bukan main ligat,
Layan awek sampai penat…

Kalau diri dah gatal sangat,
Kahwin jer cepat lagi selamat,
Ni couple takde matlamat,
Sajer suka² penuhi syarat..

Org couple dier ikut sama,
Tak sedar diri tu papa kedana,
Papa ilmu papa agama,
Macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana….

Bukan mengata bukan mengumpat,
Siapa suruh buat wayang tak bertempat,
Kalau tak suka diri diumpat,
Jgn buat benda yg tak tepat…

Bonceng sana bonceng sini,
Bontot tertonggek tak malu pulak,
Siap bangga tak terperi,
Dapat peluk pinggang balak..

Balak kat depan mata melilau,
Awek kat belakang bukannya nampak,
Siap mengurat muslimah yg pegi surau,
Silap hari bulan sure kena sepak..

Pegang sana pegang sini,
Tak takut ker susutnilai,
Kahwin belum tentu lagi,
Kalau tak jadi tak ker hilang permata bernilai…

Tulah… tuhan bg akal tak pakai,
Tuhan bg hati tak tahu menilai,
Diri sendiri yg lalai,
Baik buruk pun tak reti nak nilai..

Kalau org cakap marah,
Bila org nasihat melenting,
“Taulah…taulah tak payah susah²,
Tau lak senyap bila dah bunting….

La ni baru nak ingat tuhan,
Itupun nasib baik ingat,
Menangis dah tak leh nak tahan²,
Baru sekarang menyesal bangat….

Nasib baik tuhan tu maha penyayang,
Itupun nasib baik umur masih panjang,
Ada peluang nak mengucap panjang,
Mintak ampun, panjat doa memanjang…

Perkara lepas jgn dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bkn utk bersenang-senang,
Meraih & mencari redha Allah yg maha luas…

Filed under: Sembang sembang — cinta1 @ 1:32 pm

Saya banyak berfikir sejak akhir akhir ni, tentang kerjaya , tentang perasaan hati yang sedikit berkecamuk, tentang perancangan masa depan yang selau nampak suram.Teringat kata kata seorang sahabat…”jangan selalu teringatkan masa lampau, cuba lihat kehadapan.Selalu berfikiran positif, baru awak boleh berjaya”.Dia selalu berfikiran positif..die boleh pointing out, apa yang dia inginkan dalam masa 2 tahun, dia berani luahkan apa yang dia rasakan perlu.Kalaulah I ada semangat macam tu..Kadang-kadang pulak, lebih risaukan tanggapan orang lain dari apa yang diri sendiri fikirkan.Macam manalah nak buat orang percaya akan kebolehan diri kita…macam mana nak buat, supaya orang boleh lihat kita dari sudut lain..sudut yang lebih positif.Sudut yang mana, kita sendiri boleh dapat percayakan kebolehan diri sendiri…boleh dapat keyakinan lebih dalam diri.

Jika aku mendongak ke langit, aku menatap bulan dan bintang, bercahaya berkedirpan,Jika aku menoleh ke bawah,ku terserak dengan cahayamu purnama,melebar dan memukau malam.Bila mataku merenung sekeliling,terjerat hati memintas kehidupan ini,melayari persada alam anugerahNya.Mataku memejam hatiku berfikir,Inilah hikmah kekuatan itu…

(Desirrindu.blog)

Kenapa wanita menangis

Filed under: Wanita — cinta1 @ 12:16 pm

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “dan kau  tak akan pernah mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.“Semua wanita menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, ia diharuskan menjadi seorang yang sangat istimewa.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Next Page »

Theme: Rubric. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.